Laporan Teknikal 2

1. Pastikan software xampp sudah install di dalam komputer kita. apabila telah install tinggal jalankan klik start cari apache dan mysql dengan klik  start.
2. Sekarang ekstrak file joomla yang telah kita download tadi kemudian satukan dalam satu folder
3. Pindahkan folder joomla yang telah kita beri nama tadi ke C:\xampp\htdocs.
4. Kini kita masuk ke tahap peng-install-an joomla. Pada address bar browser http://localhost/namafolderjoomla lalu akan muncul seperti gambar dibawah ini.
klik next disini kita hanya diminta untuk memilih bahasa
5. Selanjutnya akan muncul lagi kotak dialog tentang Pemeriksaan Pra-pemasangan untuk Joomla! Disini klik  next atau selanjutnya. Lebih jelas lihat gambar dibawah ini.
6. Selanjutnya akan muncul kotak dialog disini hanya pemberitahuan mengenai joomla dan licence. Klik selanjutnya. Lebih jelas lihat gambar berikut ini.
7. Selanjutnya kembali kita dihadapkan dengan pengaturan database dari joomla disini kita harus membuat sebuah database dengan cara buka tab baru di browser kemudian ketikkan http://localhost/phpmyadmin untuk lebih jelas lihat gambar dibawah ini.
Buat nama database tanpa spasi dan klik create kalau sudah kembali lagi ke install joomla tadi.Isikan data seperti gambar dibawah ini yang berbeza hanya nama database sesuaikan dengan nama database yang kita buat tadi.

N/B : Basis data yang digunakan adalah MySQL.
8. Lanjut lagi nah disini akan muncul settingan FTP kosongkan saja atau ikuti gambar dibawah ini klik saja selanjutnya atau next.
9. Nah disini kita diminta melakukan konfigrasi website untuk mengisikan nama website joomla kita, meta deskripsi dan meta keyword, terus segala sesuatu yang berhubungan dengan halaman admin isikan saja sesuai dengan kehendak kita tapi ingat password dan username adminnya karena digunakan untuk login pada halaman admin. Kalau dirasa yakin sudah terisi klik saja next atau selanjutnya
10. Sampai disini website pribadi joomla kita sudah selesai di install dan di konfigurasi lihat gambar dibawah ini
Disana kita diminta untuk menghapus folder installation klik button remove installation folder. Sehingga jika semua memang sudah benar klik button site yang ada kanan layar maka akan seperti gambar dibawah ini.
jika ingin mengakses halaman joomla kita, tinggalkan di address http://localhost/namafolderjoomla.
contoh http://localhost/blogcontoh.
Nah jika kita klik administrator maka akan muncul halaman login admin. kita tinggal memasukkan login admin dan pasword yang tadi kita buat.
perlu diingat untuk login kita harus mempunyai akun admin yang telah kita buat sebelumnya pada saat install dan konfigurasi joomla tadi.
Sedangkan jika ingin login kembali di address: http://localhost/namafolderjoomla/administrator/ contoh http://localhost/blogcontoh/administrator/ halaman login admin adalah halaman yang digunakan admin untuk melakukan penambahan konten dari web joomla yang kita miliki.

Bab 6 : Kesimpulan

KESIMPULAN

    Setelah menjalani Latihan Industri selama satu semester (lima bulan) ini, banyak yang dapat saya pelajari dari segala aspek berkaitan dengan kerjaya terutama cara berkomunikasi dengan pihak atasan dan pihak yang berkaitan. Juga banyak pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang berguna dapat saya perolehi. Melalui program latihan industri ini, saya telah didedahkan kepada bentuk alam pekerjaan yang sebenar. Oleh yang demikian, ia secara tidak langsung telah mendisiplinkan saya sebagai seorang pekerja dan mendedahkan saya kepada struktur organisasi jabatan atau firma.
                              

     Secara amnya Latihan Industri patut diteruskan kerana ia berfungsi memberikan manfaat serta faedah kepada pelatih dari segi ilmiah pengalaman sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang sebenar. Dalam hal ini, pelatih akan dapat melihat gambaran yang jelas serta keadaan dunia pekerjaan sebenar disamping berusaha menyesuaikan diri dengan tugas-tugas yang diberikan kepadanya.


     Sepanjang menjalani latihan industri, banyak perkara yang telah berubah antaranya daripada sudut persekitaran, pembelajaran, dan pergaulan sesama rakan sekerja. Ianya secara langsung dapat mempertingkatkan sikap toleransi terhadap diri saya sendiri.


     Walaubagaimanapun, beberapa kelemahan masih wujud dalam diri yang boleh diperbaiki pada masa hadapan. Maka, dapatlah disimpulkan bahawa program latihan industri ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pelatih walaupun terdapat kelemahan kecil yang boleh mencacatkan keadaan, tetapi dapat ditangani dan dipelajari untuk kegunaan masa hadapan.


     Kesimpulan yang saya dapat ketika menjalani latihan industri ini ialah saya dapat mempergunakan segala ilmu yang saya pelajari daripada Politeknik untuk didedahkan ke alam pekerjaan terutamanya dalam bidang perkomputeran ini. Saya juga dapat melihat dan merasai sendiri suasana sebenar dunia pekerjaan serta berhadapan dengan pahit manis sepanjang latihan industri dijalankan.


     Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Madani Solution It serta Unit Latihan Industri Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang atas segala bantuan yang telah diberikan kepada saya sepanjang latihan industri ini dijalankan. Dan saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada kesilapan yang terkandung dalam laporan ini. Dengan menjalani latihan ini, diharap segala pengalaman dan ilmu dapat digunakan apabila menceburi bidang kerjaya.

Laporan Teknikal 3


  • Go to the Creative Cloud apps catalog. Locate Photoshop, and click Download.
    If you are not signed in, you will be asked to sign in with your Adobe ID and password. Follow the onscreen instructions.
    Desktop apps catalog
    Tip: 
    If you have a free trial membership to Creative Cloud, please refer to Download and install a Creative Cloud trial.

    Don’t have a Creative Cloud membership or trial yet? See Get started with Creative Cloud.

  • Your app begins to download.
    At the same time, the Adobe Creative Cloud desktop app appears, and it will manage the rest of the installation process. Check your download progress in the status bar next to the app’s name.
    Note: 
    Depending on your network’s speed, it could take some time to download your app.
    Download and install Photoshop

  • To launch your new app, find the Photoshop icon in the Apps panel and click Open.
    You can also launch Photoshop as you normally launch any app on your computer. Photoshop is installed in the same location where your applications are normally installed, such as the Program Files folder (Windows) or the Applications folder (Mac OS).
    Open Photoshop
  • Laporan Teknikal 1


    FORMAT LAPTOP

    LANGKAH 1: Buat bootable device seperti di LINK ini.



    LANGKAH 3: Tekan mana-mana butang untuk boot ke dalam pendrive.




    LANGKAH 5:Skrin akan menunjukkan rajah dibawah dan tekan install now untuk meneruskan pemasangan windows baru.



    LANGKAH 6: Sila tick pada box yang bertulis “I accept the license terms” dan tekan next.















    LANGKAH 7: Skrin akan menunjukkan rajah dibawah dan tekan next untuk meneruskan pemasangan windows baru.

     

    LANGKAH 8: Skrin akan menunjukkan rajah dibawah dan tekan “Drive options (advanced)” .


    LANGKAH 9: Tekan butang yang bertulis “FORMAT” bagi format drive yang ada windows lama.


    LANGKAH 10: Skrin akan menunjukkan rajah dibawah dan tunggu selama 30 minit bagi memasang windows baru.


    LANGKAH 11: Skrin akan menunjukkan rajah dibawah. Masukkan username bagi laptop tersebut dan tekan next.


    LANGKAH 12:Masukkan password bagi laptop tersebut (jika mahu).


    LANGKAH 13: Skrin akan menunjukkan rajah dibawah. Biarkan kosong dan tekan next.


    LANGKAH 14: Skrin akan menunjukkan rajah dibawah dan use recommended settings.


    LANGKAH 15: Pilih timezone,tarikh dan masukkan jam yang betul. Seterusnya tekan next.

      
    LANGKAH 16: Skrin akan menunjukkan rajah dibawah tunggu setelah semua pemasangan siap


    LANGKAH 17: Format windows sudah siap. Sekarang hanya perlu cari driver laptop tersebut pada laman web laptop itu.


    Pengenalan

    Latihan Industri yang diadakan oleh pihak Politeknik merupakan satu langkah yang bijak bagi memupuk semangat dan melatih para pelajar dalam bidang yang diceburi. Berpandukan kepada Objektif Progam Latihan Industri memang mempunyai kebaikan yang lebih daripada keburukkannya.

    Dalam pemerhatian saya sepanjang menjalani Latihan Industri  ( LI ) di syarikat ini, saya telah menyenaraikan beberapa komen dan cadangan mengenai syarikat ini. Pendapat ini bukanlah bertujuan untuk mengguris hati pihak tertentu atau merendahkan syarikat. Hal ini adalah ikhlas dari pemerhatian saya selama 6 bulan menjalani latihan industri dan saya ingin memberikan komen yang membina supaya pihak syarikat dapat meningkatkan lagi kualitinya dari semua aspek. 

    Pendapat dan Pandangan yang telah saya senaraikan ialah :

    1. Di sepanjang menjalani Latihan Industri, saya telah didedahkan dengan persekitaran professional iaitu dalam mengenal pasti tugas - tugas seorang pekerja. Dari situ, saya dapat melihat bagaimana seorang programmer dapat memainkan peranannya.

    2. Hubungan yang agak baik antara saya, rakan – rakan dan kakitangan di Majlis Daerah Tapah telah mewujudkan suasana yang begitu ceria dan menyeronokkan antara kami semua dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan menjalinkan persahabatan yang pastinya meninggalkan banyak kenangan manis, suka dan duka.

    3. Latihan Industri sememangnya melatih kita di dalam menggabungkan pengetahuan pengetahuan atau teori-teori yang telah kita pelajari sebelum ini dan mengaplikasikannya dalam amalan harian supaya ia dapat meluaskan lagi pengetahuan kita. Hasilnya apa yang telah dipelajari semasa di Politeknik Balik Pulau ( PBU) dapat membantu saya dalam mengenai kerja-kerja yang menggunakan perisian Adobe Photoshop, Adobe Dreamveaver, Joomla dan kerja - kerja lain.

          4.Syarikat ini tidak menitik beratkan amaran papan tanda di larang merokok bagi kawasan yang terlarang. Tempat letak kenderaan bagi kereta adalah terhad kesesakan kereta keluar masuk.    

    Cadangan-cadangan kepada Pihak Politeknik dan Firma

    Saya juga memberikan beberapa cadangan dan berharap agar cadangan saya ini dapat dipertimbangkan. Antaranya ialah :

    1.    Pihak politeknik haruslah sentiasa berhubung dengan organisasi atau firma untuk mengikuti perkembangan semasa para pelajar yang sedang menjalani latihan industri. Dengan ini, dapat menjalinkan perhubungan yang lebih erat antara pihak Politeknik dan Organisasi. Pihak Organisasi lebih mudah untuk mengambil para pelajar dari Politeknik untuk menjalani Latihan Industri di tempatnya. Perkara ini mengelakkan kekeliruan atau salah faham antara organisasi dan politeknik.

    2.   Kebanyakkan syarikat tidak begitu memahami skop pembelajaran sesetengah kursus yang di Politeknik. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar pihak Politeknik memberikan penerangan dengan lebih jelas. Hal ini akan memudahkan pihak firma untuk memberikan tugas-tugas yang berkaitan dengan kursus kami supaya kita tidak menyimpang daripada kursus kita. Menyediakan tempat-tempat khas bagi pelajar untuk menjalankan latihan industri di syarikat ini dengan teratur dan jayanya.

    3.  Syarikat atau firma juga memainkan peranan penting dalam memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang perkara yang bersesuaian dengan kursus yang dipelajari oleh pelajar. Justeru pihak firma seharusnya menyediakan peluang pekerjaan seperti tugasan kerja kepada pelajar. Pihak firma juga seharusnya menyediakan sebarang bentuk ganjaran di atas tugasan yang dilakukan oleh mereka. Dengan adanya ganjaran atau tunjuk ajar yang berkesan dari pihak firma itu sendiri dapat menyemarakkan lagi semangat pelajar dan dapat juga menarik minat mereka terhadap bidang tersebut.

    4. Selain itu, pihak syarikat atau firma perlulah menitik beratkan tentang permasalahan pelajar sepanjang menjalani sesi Latihan Industri ( LI ). Memandangkan pelajar masih baru di alam pra pekerjaan, maka bimbingan dan tunjuk ajar serta pemerhatian daripada pihak firma amat diperlukan. Sekiranya tindakan ini tidak dapat dilaksanakan, maka para pelajar menganggap pihak pengurusan firma syarikat tidak mengambil berat terhadap kerja yang mereka telah laksanakan. Setiap pelajar harus diperhatikan oleh seorang penyelia. Penyelia tersebut bertanggung jawab untuk membantu pelajar menjalankan latihan industri dengan menunjukkan tunjuk ajar sebagai bimbingan kepada pelajar yang menjalankan latihan industri sepanjang 6 bulan.
    PENGHARGAAN

    Bersyukur saya ke Hadrat Ilahi kerana dengan segala limpah dan kurnia yang telah di berikan kepada saya, akhirnya berjaya juga saya menamatkan sesi Latihan Industri yang saya jalankan selama hampir 5bulan seperti yang di kehendaki oleh pihak Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang.

    Terlebih dahulu, saya Mohammad AmmarSolehin Bin Jamallodin (21EIP14F1003) dari jurusan Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Madani It Solution, Perak kerana dengan murah hatinya mengizinkan saya mengambil kesempatan yang amat berharga ini untuk menjalani program Latihan Industri. Sepanjang saya menjalani Latihan Industri di Madani IT Solution dan banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya telah perolehi dalam tempoh 20 minggu berada di Madani IT Solution.

    Bahagian Teknologi Maklumat, saya telah didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar. Jikalau di Politeknik Balik Pulau, saya lebih banyak terdedah kepada pengetahuan dalam bentuk teori dan amali hanya di dalam bilik kuliah sahaja tetapi di Madani IT Solution, disamping menambah ilmu didalam bentuk teori, saya turut terdedah kepada bentuk praktikal di mana saya dapat mempraktikkan segala pengetahuan yang saya ada.

    Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada Encik Jasni Bin Hashim kerana sudi menerima saya menjalani Latihan Industri di Madani IT Solution, Perak. Beliau banyak memberikan nasihat, dorongan dan kata-kata peransang kepada saya. Tidak lupa juga, kepada keluarga tercinta ibu ayah, tanpa sokongan anda, saya tidak mungkin berjaya dalam menjalankan Latihan Industri ini.  

    Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada para pensyarah di Politeknik Balik Pulau, Pinang di atas tunjuk ajar dan panduan yang diberikan oleh mereka dalam menyediakan Buku Laporan Industri ini. Tanpa kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, saya tidak mungkin dapat menyiapkan Buku Laporan Industri saya ini. Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan buku laporan saya ini.

    Sekian, terima kasih.
    Pendahuluan

    Latihan industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) sebagai syarat penganugerahan diploma. Latihan ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan sebenar dalam bidang Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dan sebagai persediaan awal bagi pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Bagi sesi 2015/2016 latihan ini berjalan selama 20 minggu iaitu bermula 30 November 2015 sehingga 15 April 2016.Saya telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani latihan industri di Madani IT Solution. Di dalam syarikat ini, saya telah ditempatkan di bahagian Development IT (Jabatan Teknologi Maklumat). Sepanjang latihan ini, saya diberi peluang untuk mengikuti pembelajaran yang terlibat menguruskan teknikal yang berkaitan. Perisian computer yang saya perolehi adalah ianya dapat membantu saya memahami keperluan kerja dan meninkatkan pemahaman akademik yang lebih jelas serta meluas dalam selok-belok bidang Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan).