Bab 6 : Kesimpulan

KESIMPULAN

    Setelah menjalani Latihan Industri selama satu semester (lima bulan) ini, banyak yang dapat saya pelajari dari segala aspek berkaitan dengan kerjaya terutama cara berkomunikasi dengan pihak atasan dan pihak yang berkaitan. Juga banyak pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang berguna dapat saya perolehi. Melalui program latihan industri ini, saya telah didedahkan kepada bentuk alam pekerjaan yang sebenar. Oleh yang demikian, ia secara tidak langsung telah mendisiplinkan saya sebagai seorang pekerja dan mendedahkan saya kepada struktur organisasi jabatan atau firma.
                              

     Secara amnya Latihan Industri patut diteruskan kerana ia berfungsi memberikan manfaat serta faedah kepada pelatih dari segi ilmiah pengalaman sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang sebenar. Dalam hal ini, pelatih akan dapat melihat gambaran yang jelas serta keadaan dunia pekerjaan sebenar disamping berusaha menyesuaikan diri dengan tugas-tugas yang diberikan kepadanya.


     Sepanjang menjalani latihan industri, banyak perkara yang telah berubah antaranya daripada sudut persekitaran, pembelajaran, dan pergaulan sesama rakan sekerja. Ianya secara langsung dapat mempertingkatkan sikap toleransi terhadap diri saya sendiri.


     Walaubagaimanapun, beberapa kelemahan masih wujud dalam diri yang boleh diperbaiki pada masa hadapan. Maka, dapatlah disimpulkan bahawa program latihan industri ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pelatih walaupun terdapat kelemahan kecil yang boleh mencacatkan keadaan, tetapi dapat ditangani dan dipelajari untuk kegunaan masa hadapan.


     Kesimpulan yang saya dapat ketika menjalani latihan industri ini ialah saya dapat mempergunakan segala ilmu yang saya pelajari daripada Politeknik untuk didedahkan ke alam pekerjaan terutamanya dalam bidang perkomputeran ini. Saya juga dapat melihat dan merasai sendiri suasana sebenar dunia pekerjaan serta berhadapan dengan pahit manis sepanjang latihan industri dijalankan.


     Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Madani Solution It serta Unit Latihan Industri Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang atas segala bantuan yang telah diberikan kepada saya sepanjang latihan industri ini dijalankan. Dan saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada kesilapan yang terkandung dalam laporan ini. Dengan menjalani latihan ini, diharap segala pengalaman dan ilmu dapat digunakan apabila menceburi bidang kerjaya.