Pengenalan
Latihan Industri yang diadakan oleh pihak Politeknik merupakan satu langkah yang bijak bagi memupuk semangat dan melatih para pelajar dalam bidang yang diceburi. Berpandukan kepada Objektif Progam Latihan Industri memang mempunyai kebaikan yang lebih daripada keburukkannya.
Dalam pemerhatian saya sepanjang menjalani Latihan Industri ( LI ) di syarikat ini, saya telah menyenaraikan beberapa komen dan cadangan mengenai syarikat ini. Pendapat ini bukanlah bertujuan untuk mengguris hati pihak tertentu atau merendahkan syarikat. Hal ini adalah ikhlas dari pemerhatian saya selama 6 bulan menjalani latihan industri dan saya ingin memberikan komen yang membina supaya pihak syarikat dapat meningkatkan lagi kualitinya dari semua aspek.
Pendapat dan Pandangan yang telah saya senaraikan ialah :
1. Di sepanjang menjalani Latihan Industri, saya telah didedahkan dengan persekitaran professional iaitu dalam mengenal pasti tugas - tugas seorang pekerja. Dari situ, saya dapat melihat bagaimana seorang programmer dapat memainkan peranannya.
2. Hubungan yang agak baik antara saya, rakan – rakan dan kakitangan di Majlis Daerah Tapah telah mewujudkan suasana yang begitu ceria dan menyeronokkan antara kami semua dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan menjalinkan persahabatan yang pastinya meninggalkan banyak kenangan manis, suka dan duka.
3. Latihan Industri sememangnya melatih kita di dalam menggabungkan pengetahuan pengetahuan atau teori-teori yang telah kita pelajari sebelum ini dan mengaplikasikannya dalam amalan harian supaya ia dapat meluaskan lagi pengetahuan kita. Hasilnya apa yang telah dipelajari semasa di Politeknik Balik Pulau ( PBU) dapat membantu saya dalam mengenai kerja-kerja yang menggunakan perisian Adobe Photoshop, Adobe Dreamveaver, Joomla dan kerja - kerja lain.
4.Syarikat ini tidak menitik beratkan amaran papan tanda di larang merokok bagi kawasan yang terlarang. Tempat letak kenderaan bagi kereta adalah terhad kesesakan kereta keluar masuk.
Cadangan-cadangan kepada Pihak Politeknik dan Firma
Saya juga memberikan beberapa cadangan dan berharap agar cadangan saya ini dapat dipertimbangkan. Antaranya ialah :
1. Pihak politeknik haruslah sentiasa berhubung dengan organisasi atau firma untuk mengikuti perkembangan semasa para pelajar yang sedang menjalani latihan industri. Dengan ini, dapat menjalinkan perhubungan yang lebih erat antara pihak Politeknik dan Organisasi. Pihak Organisasi lebih mudah untuk mengambil para pelajar dari Politeknik untuk menjalani Latihan Industri di tempatnya. Perkara ini mengelakkan kekeliruan atau salah faham antara organisasi dan politeknik.
2. Kebanyakkan syarikat tidak begitu memahami skop pembelajaran sesetengah kursus yang di Politeknik. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar pihak Politeknik memberikan penerangan dengan lebih jelas. Hal ini akan memudahkan pihak firma untuk memberikan tugas-tugas yang berkaitan dengan kursus kami supaya kita tidak menyimpang daripada kursus kita. Menyediakan tempat-tempat khas bagi pelajar untuk menjalankan latihan industri di syarikat ini dengan teratur dan jayanya.
3. Syarikat atau firma juga memainkan peranan penting dalam memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang perkara yang bersesuaian dengan kursus yang dipelajari oleh pelajar. Justeru pihak firma seharusnya menyediakan peluang pekerjaan seperti tugasan kerja kepada pelajar. Pihak firma juga seharusnya menyediakan sebarang bentuk ganjaran di atas tugasan yang dilakukan oleh mereka. Dengan adanya ganjaran atau tunjuk ajar yang berkesan dari pihak firma itu sendiri dapat menyemarakkan lagi semangat pelajar dan dapat juga menarik minat mereka terhadap bidang tersebut.
4. Selain itu, pihak syarikat atau firma perlulah menitik beratkan tentang permasalahan pelajar sepanjang menjalani sesi Latihan Industri ( LI ). Memandangkan pelajar masih baru di alam pra pekerjaan, maka bimbingan dan tunjuk ajar serta pemerhatian daripada pihak firma amat diperlukan. Sekiranya tindakan ini tidak dapat dilaksanakan, maka para pelajar menganggap pihak pengurusan firma syarikat tidak mengambil berat terhadap kerja yang mereka telah laksanakan. Setiap pelajar harus diperhatikan oleh seorang penyelia. Penyelia tersebut bertanggung jawab untuk membantu pelajar menjalankan latihan industri dengan menunjukkan tunjuk ajar sebagai bimbingan kepada pelajar yang menjalankan latihan industri sepanjang 6 bulan.