PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke Hadrat Ilahi kerana dengan segala limpah dan kurnia yang telah di berikan kepada saya, akhirnya berjaya juga saya menamatkan sesi Latihan Industri yang saya jalankan selama hampir 5bulan seperti yang di kehendaki oleh pihak Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang.

Terlebih dahulu, saya Mohammad AmmarSolehin Bin Jamallodin (21EIP14F1003) dari jurusan Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Madani It Solution, Perak kerana dengan murah hatinya mengizinkan saya mengambil kesempatan yang amat berharga ini untuk menjalani program Latihan Industri. Sepanjang saya menjalani Latihan Industri di Madani IT Solution dan banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya telah perolehi dalam tempoh 20 minggu berada di Madani IT Solution.

Bahagian Teknologi Maklumat, saya telah didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar. Jikalau di Politeknik Balik Pulau, saya lebih banyak terdedah kepada pengetahuan dalam bentuk teori dan amali hanya di dalam bilik kuliah sahaja tetapi di Madani IT Solution, disamping menambah ilmu didalam bentuk teori, saya turut terdedah kepada bentuk praktikal di mana saya dapat mempraktikkan segala pengetahuan yang saya ada.

Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada Encik Jasni Bin Hashim kerana sudi menerima saya menjalani Latihan Industri di Madani IT Solution, Perak. Beliau banyak memberikan nasihat, dorongan dan kata-kata peransang kepada saya. Tidak lupa juga, kepada keluarga tercinta ibu ayah, tanpa sokongan anda, saya tidak mungkin berjaya dalam menjalankan Latihan Industri ini.  

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada para pensyarah di Politeknik Balik Pulau, Pinang di atas tunjuk ajar dan panduan yang diberikan oleh mereka dalam menyediakan Buku Laporan Industri ini. Tanpa kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, saya tidak mungkin dapat menyiapkan Buku Laporan Industri saya ini. Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan buku laporan saya ini.

Sekian, terima kasih.